Monday, February 23, 2009

Protes Rakyat


Banner di atas adalah salah satu daripada beratus protes rakyat kepada kepimpinan UMNO dan barisan Nasional, berikutan rampasan kuasa yang berlaku baru-baru ini di Perak. Banner tersebut terletak di sebuah kampung di dalam Kuala Kangsar.
Rakyat berharap Baginda Sultan dapat memahami mesej yang disampaikan oleh mereka. Ini adalah suara hati rakyat sendiri. Apakah Baginda Sultan tidak dapat memahami kehendak rakyatnya sendiri?
Baru-baru ini pun terdapat surat yang mempertikaikan asal usul Baginda Sultan Perak, tetapi rakyat masih lagi mahu menjunjung duli merafak sembah, berampun tuanku kepada Baginda Sultan.
Kita takut nanti Baginda Sultan tidak lagi dihormati oleh rakyat negerinya sendiri. Usahlah kerana hendak mempertahankan kekuasaan, Baginda Sultan sanggup menidakkan kehendak rakyat.
Rakyat tidak minta banyak, hanya "BUBARKAN DUN PERAK" sahaja. Itu sahaja. Semudah ABC. Entah apa yang Baginda Sultan takutkan, tidaklah sekalian rakyat paham. Tuanku orang yang berpengalaman, orang yang paham pada undang-undang, masih belum terlambat untuk mengakui kesilapan dan seterusnya membetulkan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. Rakyat tidak minta agar YAB Dato' Seri Menteri Besar Hj.Nizar dilantik semula ke jawatannya, tapi cukup dengan "BUBARKAN DUN PERAK".

No comments:

Post a Comment