Friday, March 13, 2009

ROGOL & BUNUH

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www. zaharuddin. net

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM .... Ertinya : Rasulullah s.a.w di dengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh
18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.
8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan.
6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selainlebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun, Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.
13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

Tuesday, March 10, 2009

Sekitar bantahan PPSMI












The Death Of Sultan Perak!!!!!

10 Bulan Setengah Memerintah Perak...

Secara kasar berikut antara perkara yang sempat dilaksanakan

01.Ketua Kampung dipilih melalui proses pengundian seperti pilihanraya.
02.Satu pertiga daripada anggota PBT adalkah alangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
03.Rakyat berpendapatan rendah menikmati bekalan air percuma sebanyak sepuluh meter padu
04.Premis-premis kerajaan boleh digunakan oleh semua parti politik dan NGO.
05.Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
06.Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
07.Memberi hak milik kekal kepada pemilik 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
08.Memberi sumbangan dermasiswa rakyat RM1,000 seorang kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
09.Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
10.Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang menceburi bidang perniagaan kecil tanpa faedah.
11.Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minimun RM45 sebulan ke RM100 sebulan sehingga maksimun RM400 sebulan.
12.Menyediakan bantuan RM1,000 di bawah skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
13.Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
14.Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
15.Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
16.Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
17.Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari RM30,000 ke RM50,000.
18.Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
19.Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
20.Melaksanakan perbelanjaan berhemah dengan mengurangkan terutama kos makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan Kerajaan Negeri.
21.Menggunakan perkhidmatan bas rasmi SUK dalam lawatan secara beramai-ramai ke dsetinasi tertentu, terutama untuk lawatan sambil belajar bagi mengurangkan kos pengangkutan. END

Simpang : 10,000 dengar Amanat Mursyidul Am, Presiden PAS

Johari Jaafar Tue Mar 10, 09 9:23:27 am MYT
TAIPING, 10 Mac (Hrkh) - Hujan renyai-renyai yang turun di sekitar jam 9.00 malam tidak menghalang 10,000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri kawasan ceramah di Simpang, Taiping untuk mendengar amanat Mursyidul PAS PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang pada 8 Mac lalu.
Turut memberikan amanat di majlis itu, Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Ahmad, Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dari DAP, Nga Kor Ming, Adun Aulong, Yew Tian Hoe, dan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.
Dato' Nik Aziz dalam amanatnya meminta para pengundi di kawasan Bukit Gantang agar bijak berpolitik dalam menentukan pemimpin yang bakal dipilih nanti.
Umno katanya, bukan sahaja tidak boleh diharapkan membela agama dan orang orang Melayu, bahkan parti itu sendiri menderhakai Raja Raja Melayu melalui beberapa siri penderhakaan yang dilancarkan parti 'Assobiyah Melayu' itu.
Antaranya termasuklah dalam isu menghapuskam imuniti Raja Raja Melayu, tindakan penyokong Bekas Menteri Besar Terengganu yang menghina Sultan Terengganu dan pelbagai siri penderhakaan terhadap Raja Melayu.
Program pada malam tadi juga berjaya menghimpunkan seluruh penyokong dan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.
Sebelum itu pada sebelah petangnya Ustaz Nik Aziz telah melancarkan dan merasmikan Bilik Gerakan Pilihan Raya Kelantan di Kuala Sepetang. Kelantan dijangka akan menghantar petugas-petugas sepenuh masa bagi membantu Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar lagi.
Pelancaran gerak kerja pilihan raya yang dilancarkan Mursyidul Am PAS itu bermakna bermulalah gerak kerja pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.
Selepas ini Bukit Gantang yang mempunyai tiga DUN dan 38 daerah mengundi akan didatangi oleh beribu-ribu petugas Pakatan Rakyat dari seluruh negara.
Nik Aziz meminta pengundi di kawasan tersebut agar tidak membuat kesilapan dengan memilih calon BN, sewajarnya calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat menjadi pilihan pengundi di kawasan ini sebagai tindakan 'mengajar' BN yang bertindak zalim apabila merampas kuasa rakyat di negeri Perak.
"Pilihan raya kali ini menjadikan Bukit Gantang sebagai ukuran pengaruh yang sebenar kepada Pakatan Rakyat dan BN," kata Nik Aziz. - azm_

Ramai yakin peralihan kuasa Abdullah - Najib ditunda

KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) - Banyak pihak percaya tarikh peralihan kuasa di antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berganjak daripada tarikh asal memandang banyak isu besar membabitkan pemimpin negara.
Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Najib dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia mungkin menjadi penyebab utama peralihan kuasa diperlewatkan.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tarikh asal pelan peralihan kuasa di negara ini mungkin berubah menjelang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini.
"Keadaan itu berlaku apabila pemimpin terbabit menerima tekanan berterusan dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.
"Laporan media asing telah menghangatkan kembali isu tersebut. Bagi saya ia menyebabkan kemungkinan besar berlaku pertukaran tarikh peralihan kuasa," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kubang Kerian, baru-baru ini.
Husam berkata, tekanan dalam isu Altantuya bukan sesuatu yang kecil dan apa yang pasti ia boleh merubah pelan peralihan kuasa seperti diuar-uarkan sebelum ini.
Menurutnya ketika Umno sedang berusaha untuk memulihkan kepercayaan rakyat, tentunya mereka tidak akan kompromi dengan pemimpin yang bermasalah kerana ia boleh menjejaskan imej Umno.
"Saya yakin Umno keberatan menerima seorang bakal pemimpin yang mengalami masalah kerana ia boleh merugikan Umno sendiri.
"Umno memerlukan pemimpin yang lebih berintegriti, maka pilihan yang ada mungkin boleh ditunda Perhimpunan Agung Umno seperti disarankan dua pmimpin parti itu sebelum ini," katanya.
Baru-baru ini bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato' Mazlan Haron dan ketua cawangan Umno di Johor, Dato' Kadar Sulaiman mahu Umno menangguhkan perhimpunan agung bagi menyelesaikan aduan politik wang yang berlaku.
Mereka juga bersedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan agung Umno sekiranya saranan mereka diabaikan parti.
Husam berkata, secara jelas ada asas bagi menangguhkan Perhimpunan Agung yang bermula 24 Mac ini, berkaitan politik wang yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Lembaga Disiplin Umno.
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, rakyat memerhati dari dekat perlanggaran undang-undang oleh pemimpin Umno seperti yang berlaku di Perak Febuari lalu.
"Pencabulan terhadap semua institusi utama negara menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kewibawaan kerajaan diterajui Umno-BN," katanya. - mj _

PIBG seluruh negara bantah PPSMI

Malaysiakini. com/bm

Jimadie Shah Othman

Feb 26, 09 1:57pm


Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac."Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram."Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi) , seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia)."Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan," katanya.GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”."Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI."(Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas," kata Mohd Ali.Katanya, PIBGN hadir kesemua lima kali persidangan meja bulat kementerian dan membantah PPSMI dalam pertemuan itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan apabila dasar itu terus diamalkan sejak enam tahun lalu.Mengulas pelaksanaan dasar kontroversi itu, beliau menyifatkan PPSMI gagal kerana dikendalikan oleh guru yang kebanyakannya "tidak berdaya" dan "tidak cukup latihan"."Insentif 10 peratus kenaikan gaji yang diberikan kepada mereka yang terlibat dalam PPSMI tidak nampak setimpal dengan kenaikan tersebut. Prestasi mereka sepatutnya lebih daripada 10 peratus," katanya.Selain itu, Mohd Ali menambah, PPSMI mengakibatkan banyak pembaziran apabila guru-guru terlibat yang dibekalkan komputer riba bagi membantu pengajaran tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya."Begitu juga dengan perisian-perisian yang tidak dimanfaatkan. Hanya 1/3 perisian pengajaran (daripada kira-kira 25 jenis) yang dicadangkan oleh kementerian digunakan," katanya.GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad dianggotai kumpulan NGO dan sayap-sayap Pemuda PKR dan PAS.

Friday, March 6, 2009

KHAS BUAT TUANKU SULTAN PERAK

Ampun Tuanku Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan
Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan
Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang
Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan
Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Baikkk Nampak!!!!!!!!!!!!!!




Jom Heboh Kini Halal Di Perak Tapi Tetap Haram Bagi Warga Tentera

http://angkatantentera.blogdrive.com/

Adakah kerana perubahan Kerajaan di Perak maka segala yang haram boleh dihalalkan?

Khabarnya Pemerintah Tertinggi menyarankan warga tentera menyiapkan yang terbaik untuk penganjuran Jom Heboh itu agar ianya dapat meninggalkan kenangan manis untuk orang ramai yang melawat supaya memuji pangkalan TLDM yang cantik dan penganjurannya yang berjaya.

Janganlah nanti hanya dengan khayal berhibur, berjumpa artis, membeli-belah dan berpesta di antara lelaki dan perempuan menyebabkan tentera lalai sehingga kan musuh dengan mudah menyelinap masuh ke dalam kawasan pangkalan dan mendapat info bagi mengorek rahsia ketenteraan kita. Masa itu nanti "nasi sudah menjadi bubur". Apakah pihak kepimpinan tertinggi tidak boleh berfikir apa natijahnya jika musuh dengan mudah dapat masuk pangkalan kita dan mengetahui "senjata rahsia" kita? Wallahu Alam.

Atau adakah kerana ingin mendapat pujian oleh pihak tertinggi atau ingin mendapat "bintang yang cerah" dalam perkhidmatan, maka ianya hendak di adakan sempena Ulangtahun TLDM?. Kenapa pihak Panglima TLDM tidak mencontohi sikap Panglima Tentera Darat yang nyata tidak mencari publisiti murahan dengan menyambut Ulangtahunnya dengan sederhana tanpa Jom Heboh @ Jom Maksiat? Fikirlah dengan rasional !

Kreadibiliti Tokoh Maal Hijrah , Dato Harussani, Panglima Tentera Laut kini mula dipertikaikan oleh warga Perak Amnya dan Warga Malaysia Khasnya juga tidak ketinggalan warga Tentera juga.

Kami tidak bermusuh dengan Sultan - MB Nizar

Harakahdaily
Ekmal Yusof

Fri | Mar 06, 09 | 4:28:43 pm MYT

KUALA KANGSAR, 6 Mac (Hrkh) "Jangan sekali-kali tuduh kami mengkhianati Sultan. Kami tidak pernah memusuhi baginda, oleh itu tiada sebab kami menaruh kebencian terhadapnya.

"Musuh kami bukan Sultan. Musuh kami bukan Istana, tetapi Najib Tun Razak, kata Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa berceramah dalam rangka lawatannya ke seluruh negeri Perak di Sayong Tengah dekat sini kelmarin.

Tegasnya, Najib bersama Umno-Barisan Nasional yang telah mengkhianati Sultan menggunakan "kuasa Istana" untuk merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sah dari tangan rakyat.

Katanya, Najiblah yang merobek, merompak tiga orang Adun Pakatan Rakyat dan menimbulkan kemelut krisis antara Sultan dengan rakyat Perak.

"Padahal semasa kami memerintah hampir sebelas bulan Pakatan Rakyat Perak, hubungan saya dengan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah cukup intim di mana pada setiap minggu saya datang mengunjungi baginda. Begitu juga kemeseraan saya dengan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah cukup baik," tegasnya.

Kerana itu, kata Nizar, mereka cemburu. Mereka tidak sanggup melihat pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menguruskan kerajaanya dengan baik yang dapat diterima oleh Sultan dan pelbagai keturunan rakyat.

Katanya, Umno-BN tidak sanggup melihat kepimpinan kami begitu menarik diterima rakyat berteraskan konsep tugasan dengan keadilan, ketelusan dan kebajikan.

Sehubungan itu Nizar menyeru saki-baki ahli Umno supaya keluar daripada kerajaan haram sekarang dan masuk Pakatan Rakyat, kerajaan yang sah di sisi undang-undang.

"Jangan sokong kerajaan haram, Dun haram, Exco haram," tegas Nizar. - mns_

Tuesday, March 3, 2009

Imam Hadhari








ANJING & BABI




Kerajaan haram jadah lagi celaka (Barisan Nasional) kini telah menunjukkan bahawa mereka sebenarnya takut untuk menghadapi sidang tergempar DUN Perak. Andai sja mereka berani mengatakan bahawa sidang tersebut tidak sah, pasti mereka tidak akan mempedulikan sidang dilaksanakan di dalam dewan. tetapi dengan mengerahkan kuasa polis untuk menghalang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat daripada bersidang di Dewan Rakyat.
Tetapi kebodohan UMNO terserlah lagi, setelah kenyataan-kenyataan bangang yang disebut oleh PakLah, Najib dan kuncu-kuncunya yang bercakap seolah tidak mengerti perundangan atau pelembagaan. Beringatlah kita semua, ANJING (NAJIB) ini akan menggigit kita sekiranya ia terlepas ke kerusi Perdana Menteri. Sekarang ANJING ini telah berhenti menyalak, tunggu sedikit masa lagi ia akan menyalak semula.
Dan yang terus senyap sehingga kini adalah seekor BABI (PAKLAH) yang menyumbu dalam diam. Pantang ada betina terus sahaja nak disumbunya. Inilah Pemimpin Islam Hadhari. Perancangan jahat BABI ini akan kita lihat tidak lama lagi. Bersedialah wahai kalian semua!!!


Sidang tergempar DUN ditangguhkan, tiga usul diterima sebulat suara

Harakahdaily Tue Mar 03, 09 11:02:53 am MYT
IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Sidang tergempar DUN yang telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan telah ditangguhkan setelah tiga usul yang dibawa telah diterima secara sebulat suara ahli Dewan.Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.Usul kedua untuk membubarkan DUN dan menyokong keputusan Speaker menggantung Dato' Zambry Kadir dan enam Exco kerana menghina Dewan telah diterima sebulat suara juga oleh ahli Dewan.Speaker DUN V Sivakumar telah menangguhkan sidang tersebut dan akan mengadakan siadang medianya sebentar lagi berhubung usul yang dilakukan di Sidang Tergemnpar DUN.Difahamkan Sivakumar akan memaklumkan perkembangan dan keputusan sidang itu kepada Sultan Perak Raja Azlan Shah dalam jangkamasa terdekat.Sidang yang diadakan di bawah sepohon pokok, dihadiri semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.Nizar dalam pada itu memaklumkan bahawa sidang itu terpaksa diadakan di bawah pokok akibat larangan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan menyatakan sidang itu sah mengikut prosedur yang telah dijalankan seperti biasa sebelum ini.Sementera itu, pasukan peguam Sivakumar ditolak Mahkamah Tinggi di sini untuk mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar bagi mengendalikan kes beliau.Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Riduan Ibrahim selepas menemui kedua-dua pasukan pembela dan plaintif kira-kira 30 minit di kamarnya.Alasan yang diberikan Riduan adalah pasukan peguam yang dilantik Sivakumar tidak layak untuk mewakili Speaker tersebut. Perkara itu diumumkan oleh ketua pasukan peguam tersebut, Tommy Thomas. - azm