Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, May 5, 2009

Hantar kek Altantuya ke PM Malaysia

6 Mei 1978 merupakan tarikh lahir Altantuya. Jika esok dia masih hidup usianya genap 31 tahun.Kematian Altantuya telah menyebabkan banyak kesan. Antaranya imej negara tercalar. Altantuya yang terlibat dalam 'deal' pembelian kapal selam negara mati di bunuh oleh dua anggota polis di Shah Alam. Perbicaraan kelihatan amat pelik kerana gagal mengemukakan motif dan senjata pembunuhan.
Esok ayuh kita bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) menghantar kek Hari Jadi Altantuya dan surat mendesak PM harus segera mengambil tindakan saman 19 media dunia yang menyatakan Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
Tindakan segera harus diambil kerana ia melibatkan imej negara. Media tersebut harus digesa menarik artikel dan memohon maaf. Jangan hanya bertegas dengan media dan blooger dalam negara sahaja. Jika tidak ada tindakan maka rakyat berhak menjatuhkan hukuman mempersembahkan cadangan kepada DYMM Yang di Pertuan Agong agar diwujudkan untuk menyiasat keseluruhan kes Altantuya.
Sempena u/tahun kelahiran Altantuya jom bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M)menghantar kek Hari jadi dan surat desak PM Malaysia6 Mei 2009, 11 pagi depan Pejabat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Sempena esok juga kenyataan Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok dan bapa Altantuya juga akan dibacakan.Kes Altantuya ini tidak akan terpadam begitu sahaja dalam masa terdekat, sebuah stesen tV di Hongkong akan menyiarkan pula drama bersiri mengenai pembunuhan Altantuya.

UMNO & BOMOH

Bomoh Mona Fendy
Yang Kena Kerat 18 adalah ahli UMNO
Tangkal Bawah Meja
Yang kena mandrem tu x presiden UMNO
Bomoh Kerajaan Langit
Ketuanya ahli UMNO
Bomoh Rasul Melayu
Yang menghasut org Melayu percaya dia rasul tu pun ahli UMNO
Bomoh Hindu
Yang ini siap ada laporan bersumpah oleh seorang pembantu kpd PM Satu Malaysia

Thursday, April 9, 2009

Negeri Antah Mentah

Maka tersebutlah kisah di sebuah negeri Antah Mentah, bersultankan raja yang terlebih bijaksana, membuat keputusan tidak membawa syura, maka tergadailah ketuanan Islam di bawah ketuanan Melayu. Maka adapun sultan tersebut mengaku ia sebagai Melayu juga...walaupun sekian banyak orang mengatakan dia bukan berketurunan Melayu, layaknya seperti bangsa yang berkulit putih melepak jualah adanya. Hendak dikatakan lembab atau bangang, maka sultan ini berjawatan besar sebelum diangkat menjadi sultan, hendak dikatakan cerdik, tidak pula ia tahu undang-undang di darat di atas negerinya sendiri. Maka memberontaklah sekalian rakyat jelata menentang sultan dalam diam, mengumpat sultan dalam senyap, hendak bersuara diamlah di penjara, hendak menulis, diamlah di penjara, maka jadilah rakyat negeri Antah Mentah mengadap daulat, membelakang derhaka.
Maka sekarang sudah lamalah hikayat ini berlalu, sudah dua tiga purnamalah peristiwa kebodohan sultan sultan tersebut berlaku. namun rakyat tidak lupa, maka ada baik sultan berhati-hati, takut terdibaling selipar rakyat jelata yang disengaja memijak tahik anjing, maka jenuhlah nanti tuanku sultan menyamak hidung dan muka.
Adapun patik ini hanya berhikayat, meluah rasa hati, tidaklah niat untuk derhaka pada baginda sultan Antah Mentah. Harap sultan segera sedar, usah berkira merasmi sana dan sini, selesaikan dulu masalah rakyat, jangan layaknya sultan seperti tiada jantan, seperti bapuk di Taman Tasik Utara negeri Antah Mentah.
Pada hemat patik, punya tuanku sama dengan punya patik, tapi punya tuanku sultan layaknya dikerat dan dibagi ratah oleh anjing, itu pun kalau mahu sekalian anjing tersebut pada punya tuanku. Punya patik masih bertenaga masih kuat, semangatnya melonjak ke seluruh tubuh indera.
Demikianlah seloka patik di segini hari, ampun tuanku sekian ampun, sembah patik sembah derhaka!!!!

Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah...

Harakahdaily
Fri | Apr 10, 09 | 10:06:35 am MYT

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.

"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.

Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.

Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.

"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya. - azm _

Friday, March 13, 2009

ROGOL & BUNUH

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www. zaharuddin. net

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM .... Ertinya : Rasulullah s.a.w di dengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh
18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.
8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan.
6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selainlebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun, Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.
13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

Tuesday, March 10, 2009