Wednesday, February 18, 2009

Kenang Kembali - 22 Adun BN Terengganu pulau majlis angkat sumpah MB

KUALA TERENGGANU: Pejabat Sultan Terengganu semalam mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar baru walaupun 22 Adun Barisan Nasional (BN) di negeri ini sebulat suara mahukan Datuk Seri Idris Jusoh dilantik semula.Berikutan itu, semua 22 Adun yang mengadakan mesyuarat khas di sini semalam, berikrar memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad, sebagai Menteri Besar yang dijadualkan di Istana Tamu, pagi ini. Malah, mereka turut menegaskan akan meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula untuk jawatan itu.Ahmad, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), sebelum ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan Adun Jertih, menjadi Menteri Besar sejak 2004.Kenyataan pejabat Sultan Terengganu kepada Bernama semalam menyebut:"Mengikut peruntukan Fasal 14 Perenggan (2)(a) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab 2), Majlis Penasihat Pemangku Raja dalam melaksanakan fungsi bagi pihak Pemangku Raja. Dengan ini telah memilih untuk melantik Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu."Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment