Friday, March 6, 2009

Jom Heboh Kini Halal Di Perak Tapi Tetap Haram Bagi Warga Tentera

http://angkatantentera.blogdrive.com/

Adakah kerana perubahan Kerajaan di Perak maka segala yang haram boleh dihalalkan?

Khabarnya Pemerintah Tertinggi menyarankan warga tentera menyiapkan yang terbaik untuk penganjuran Jom Heboh itu agar ianya dapat meninggalkan kenangan manis untuk orang ramai yang melawat supaya memuji pangkalan TLDM yang cantik dan penganjurannya yang berjaya.

Janganlah nanti hanya dengan khayal berhibur, berjumpa artis, membeli-belah dan berpesta di antara lelaki dan perempuan menyebabkan tentera lalai sehingga kan musuh dengan mudah menyelinap masuh ke dalam kawasan pangkalan dan mendapat info bagi mengorek rahsia ketenteraan kita. Masa itu nanti "nasi sudah menjadi bubur". Apakah pihak kepimpinan tertinggi tidak boleh berfikir apa natijahnya jika musuh dengan mudah dapat masuk pangkalan kita dan mengetahui "senjata rahsia" kita? Wallahu Alam.

Atau adakah kerana ingin mendapat pujian oleh pihak tertinggi atau ingin mendapat "bintang yang cerah" dalam perkhidmatan, maka ianya hendak di adakan sempena Ulangtahun TLDM?. Kenapa pihak Panglima TLDM tidak mencontohi sikap Panglima Tentera Darat yang nyata tidak mencari publisiti murahan dengan menyambut Ulangtahunnya dengan sederhana tanpa Jom Heboh @ Jom Maksiat? Fikirlah dengan rasional !

Kreadibiliti Tokoh Maal Hijrah , Dato Harussani, Panglima Tentera Laut kini mula dipertikaikan oleh warga Perak Amnya dan Warga Malaysia Khasnya juga tidak ketinggalan warga Tentera juga.

No comments:

Post a Comment