Tuesday, March 10, 2009

10 Bulan Setengah Memerintah Perak...

Secara kasar berikut antara perkara yang sempat dilaksanakan

01.Ketua Kampung dipilih melalui proses pengundian seperti pilihanraya.
02.Satu pertiga daripada anggota PBT adalkah alangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
03.Rakyat berpendapatan rendah menikmati bekalan air percuma sebanyak sepuluh meter padu
04.Premis-premis kerajaan boleh digunakan oleh semua parti politik dan NGO.
05.Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
06.Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
07.Memberi hak milik kekal kepada pemilik 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
08.Memberi sumbangan dermasiswa rakyat RM1,000 seorang kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
09.Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
10.Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang menceburi bidang perniagaan kecil tanpa faedah.
11.Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minimun RM45 sebulan ke RM100 sebulan sehingga maksimun RM400 sebulan.
12.Menyediakan bantuan RM1,000 di bawah skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
13.Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
14.Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
15.Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
16.Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
17.Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari RM30,000 ke RM50,000.
18.Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
19.Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
20.Melaksanakan perbelanjaan berhemah dengan mengurangkan terutama kos makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan Kerajaan Negeri.
21.Menggunakan perkhidmatan bas rasmi SUK dalam lawatan secara beramai-ramai ke dsetinasi tertentu, terutama untuk lawatan sambil belajar bagi mengurangkan kos pengangkutan. END

No comments:

Post a Comment